Thursday, May 6, 2010

Diari Konsep Sistem Geomorfologi


Sistem Geomorfologi


Konsep dan Huraian

1. Proses Geomorfologi

Semua proses fizikal, kimia dan biologi yang bertanggungjawab membentuk,
memperkembang dan mengubah bentuk muka bumi sama ada secara makro atau mikro

2. Proses Endogenik

Proses yang berasal dari dalam kerak bumi seperti pergerakan tektonik,
lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi aktiviti igneus dan
metamorfosisme batuan

3. Proses Eksogenik

Proses yang beroperasi di permukaan bumi seperti luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim..

4. Pemulihan Isostasi

Proses pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila berlaku penambahan berat
beban dan pengurangan berat beban di permukaan bumi.

5. Proses Luluhawa

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu
(setempat).

6. Proses hakisan

Proses penghausan yang di alami permukaan bumi akibat tindakan agen yang
bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir.
Hakisan Geologi- hakisan secara semulajadi di kawasan yang belum diganggu.
Hakisan Tanih – hakisan berpunca daripada tindakan manusia apabila manusia
menganggu keadaan semulajadi.

7. Proses pengangkutan

Proses pemindahan bahan-bahan yang diluluhawa/dihakis oleh agen-agen yang
bergerak seperti air mengalir, angin, ombak dan glaseir

8. Proses pemendapan

Proses longgokan bahan-bahan hakisan setelah daya pergerakan agen
pengangkutan telah berkurangan/perlahan

9. Proses gerakan jisim

Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan
graviti sama ada secara perlahan, cepat atau serta merta.


10. Geologi atau batuan

Komponen semulajadi mineral seperti mika. Kuartza, feldsfar, kalsium,
karbonat yang terikat secara langsung menerusi pembekuan magma atau diikat oleh
bahan perikat seperti koalin, kapur, oksida menerusi proses simentasi/penyimenan.

11. Batuan Igneus

Terbentuk hasil pembekuan magma didalam rekahan kerak bumi (igneus rejahan)
cth, granit atau di permukaan bumi (igneus terobosan) cth, Basalt.

12. Batuan Enapan

Batuan yang terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan mendapan sungai, ais dan
angin yang mengalami proses pemadatan dan simentasi. Cth, batu kapur, batu arang,
batu garam, syal

13. Batuan Metamorfosis

Batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau batuan enapan
yang mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Cth, batu marmar


14. Hanyutan Benua: stpm 2006

Bermaksud benua tunggal pada satu masa dahulu yang dikenali sebagai Pangea
telah berpecah kepada dua bahagian yang utama, iaitu Laurasia dan Gondwanaland.
Kemudian kedua-dua benua ini hanyut lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang.
Kejadian ini berlaku berjuta-juta tahun yang lalu.

15. Gempa Bumi: stpm 2005

Ditakrifkan sebagai pembebasan tenaga berlaku secara tiba-tiba dari pusat
gempa yang lazimnya menghasilkan gelombang kejutan yang berpunca daripada sesaran
di sepanjang garis gelinciran.

16. Gempa tektonik

Disebabkan perlepasan tenaga secara tiba-tiba apabila plat tektonik bertembung ,
mencapah dan bergesel antara satu sama lain.

17. Gempa Vulkanik

Terjadi semasa letusan gunung berapi yang sangat kuat

18. Tsunami

Ombak besar yang terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi di
dasar laut serta hempasan meteor di laut.

19. Lipatan Kerak Bumi

Merupakan bentuk alunan yang terdapat pada batuan kerak bumi akibat daya
mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat-plat
tektonik

20. Gelinciran atau sesar

Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi atau
blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau menegak.

21. Proses Luluhawa

Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu
(setempat).

22. Luluhawa Kimia

Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan
tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu
bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder.

23. Luluhawa Fizikal

Proses penyepaian atau pemecahan batuan akibat tindakbalas unsur-unsur iklim
seperti suhu

24. Luluhawa Biologi

Tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia sama ada secara
fizikal atau kimia yang dapat memecah dan mengurai batuan

25. Pergerakan Jisim: stpm 2008

Bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal seperti batu, tanih dan cecair
seperti lumpur dari atas cerun ke bawah cerun akibat tarikan graviti yang berlaku
secara cepat atau perlahan.

26. Aliran lambat

Pergerakan regolit dan tanah –tanih secara perlahan menuruni cerun. Tidak dapat
dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dikesan melalui kecondongan tiang elektrik,
pokok atau tiang pagar disesuatu tempat berbanding kedudukan asalnya.

27. Aliran Cepat

Pergerakan regolit, tanih atau lumpur pada kadar yang lebih cepat dan di
atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat

28. Geluncuran

Pergerakan tanah-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar-besaran di ceruncerun
curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba
berbanding dangan proses aliran
cepat.

29. Runtuhan

Pergerakan regolit di cerun yang sangat curam dan tegak seperti di tebing
tinggi, bahu-bahu bukit yang ditarah

0 comments: